DERMASISWA UNIRAZAK
- JHEV-ATM

Asasi Sastera
Foundation in Arts

Daftar Dermasiswa Sekarang!

Kerjasama Oleh

Pengenalan

KOPETALING ini telah didaftarkan pada 19 Ogos 1986 dibawah usaha Yang Bahagia Dato’ Haji Idris Denan DSSA., SMS., KMN., Pegawai Daerah Petaling bersama dengan Penolong Pegawai Daerah, Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dalam daerah Petaling.

Pada awal penubuhan koperasi ini telah dinamakan sebagai KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH PETALING GOTONG ROYONG BERHAD, melalui suatu pindaan undang-undang kecil dibawah seksyen 18 (3), Akta Koperasi 1993, pada 14hb Disember 1995 nama koperasi telah dipinda kepada nama KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH PETALING BERHAD, bagi mengimbangkan arus pembangunan yang begitu pesat. 

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama KoPetaling telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang bagi setiap anak-anak warga KoPetaling mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Di era norma baharu dengan arus lanskap global yang bergerak pantas, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera (Foundation in Arts).

Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat Tajaan Penuh (Dermasiswa) Yuran Pengajian selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK.

Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan. Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.

Objektif

Menyediakan peluang bagi anak-anak warga KoPetaling untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Membuka peluang bagi anak-anak warga KoPetaling untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.

Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.

Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Syarat Kelayakan

SPM – Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit atau;
O-Level – Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek atau;
Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK.

Kecapi Impian Anda dengan Program Asasi UNIRAZAK

Dapatkan maklumat lanjut atau daftar sekarang
Daftar Dermasiswa Sekarang!

Hubungi Kami

Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin

Hubungi Kami

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

+6011-5413 6141 [WhatsApp]
+603-2730 7030 [Sales & Marketing]
+603 2730 7000
+603 2730 7000
menuchevron-downcross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram